Home » Sudahkah anda menunaikan zakat?

Sudahkah anda menunaikan zakat?

Sudahkah anda menunaikan zakat harta?

–  ZAKAT PENDAPATAN

–  ZAKAT WANG SIMPANAN

–  ZAKAT PERNIAGAAN

–  ZAKAT EMAS DAN PERAK

–  ZAKAT PERTANIAN

–  ZAKAT TERNAKAN

–  ZAKAT RIKAZ / GALIAN

Tunaikan sebelum 31 Disember
Anda akan memperolehi Rebet Cukai Pendapatan

Pembayaran Zakat boleh ditunaikan melalui :

  • Kaunter Zakat Pejabat Agama Daerah (Dibuka 7 hari seminggu di bulan Disember)
  • Kaunter-kaunter di Pejabat Pos
  • Kaunter bank-bank utama yang terpilih
  • Perbankkan internet
  • Potongan Gaji bulanan (Skim Infaq)
  • Amil Zakat Harta dan Amil Korporat yang bertauliah

“Bentengkanlah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu (kepada Allah) (Maksud Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tabrani dan Al-Baihaqi)

”Dan pada harta-harta mereka, ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak untuk orang yang miskin meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta) (Maksud Surah Adz-Dzariyaat ayat 19)

Kini Kemudahan Pembayaran Zakat Boleh Dibuat Melalui Johor E-Payment Portal.

Johor E-Payment Portal merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada pengguna untuk membuat pembayaran bil atau tanpa bil secara online.

Johor E-Payment Portal menyediakan kemudahan bayaran secara online melalui kemudahan MEPS FPX dan juga melalui kad kredit (VISA / MASTERCARD). Walaubagaimanapun pembayaran Zakat secara online hanya melalui kemudahan MEPS FPX sahaja.

Bayaran menggunakan MEPS FPX boleh dilakukan sekiranya anda adalah pemegang akaun perbankan elektronik di bank yang berdaftar di bawah MEPS FPX iaitu Hong Leong Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank, CIMB Bank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.

Layari : https://onlinepayment.johor.gov.my/