Home » RM22 juta wang zakat untuk Bantuan Pelajaran 2016

RM22 juta wang zakat untuk Bantuan Pelajaran 2016

11 Jan 2016 – Sebanyak RM22 juta wang zakat diperuntukan untuk pelajar-pelajar kurang berkemampuan di Johor bagi tahun 2016.

Sebahagian daripada program bantuan tersebut telahpun berjalan bermula dari bulan Disember 2015 seperti Bantuan Pakaian Sekolah dan Bantuan Yuran Persekolahan bagi membolehkan para pelajar menerima kelengkapan pakaian sebelum musim persekolahan bermula.

MAINJ bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan Agama Islam Daerah serta pihak sekolah bagi mengenalpasti pelajar yang kurang berkemampuan ini. Bagi mereka yang tercicir ruang masih diberikan dan boleh memohon kepada MAINJ.

Seramai lebih 28,000 pelajar menerima Bantuan Pakaian Sekolah bagi tahun 2016 dan 20,000 pelajar sekolah agama menerima bantuan yuran RM100 setiap seorang pada tahun ini . Pengagihan bantuan ini dijangka dapat disempurnakan pada bulan Januari ini.

bantuanpelajaran

Sumber: FB Majlis Agama Islam Negeri Johor