Home » Sesi Taklimat Dan Penerangan Bancian Fakir Miskin Fitrah 2016M/1437H Kepada Amil Fitrah Seluruh Johor.

Sesi Taklimat Dan Penerangan Bancian Fakir Miskin Fitrah 2016M/1437H Kepada Amil Fitrah Seluruh Johor.

Sebanyak 10 Siri Taklimat Dan Penerangan Bancian Fakir Miskin di adakan di setiap daerah dalam negeri Johor dalam bulan Februari ini. Seramai 1650 orang amil fitrah dan ketua kampung terlibat dalam majlis taklimat ini.

Antara penekanan yang perlu diberi perhatian ialah:
1. Kriteria fakir dan miskin yang layak menerima bantuan zakat ( Bantuan Hari Raya ).
2. Memastikan tiada fakir dan miskin yang tercicir dalam kariah mereka.
3. Bancian dan penilaian yang telus tanpa pilih kasih dan yang seumpamanya.
4. Mencari golongan fakir miskin dan tidak menunggu di rumah.

Pada tahun 2015 seramai 53,000 ketua keluarga fakir dan miskin serta tanggungannya menerima bantuan hari raya dengan agihan sebanyak RM12.7 juta.

Kadar terimaan bantuan ialah :
– Ketua keluarga fakir = RM600
– Tanggungan fakir = RM60 (seorang)

– Ketua keluarga miskin = RM400
– Tanggungan miskin = RM50

taklimatamil2016

Sumber: FB Majlis Agama Islam Negeri Johor