Home » Program Insaniah : Bersama penduduk Kampung Lubok Kepong Mukim Gemas Segamat.

Program Insaniah : Bersama penduduk Kampung Lubok Kepong Mukim Gemas Segamat.

16 Februari 2016 – Seramai 50 anggota MAINJ menyertai Program Insaniah Khidmat Masyarakat di Kg Lubok Kepong Segamat yang bermula sejak awal pagi hari ini.

Antara aktiviti pada kali ini ialah membersih kawasan kubur dan membaikpulih 2 buah rumah penduduk kampung yang telah uzur. Selain itu sempat juga menziarahi 5 buah rumah asnaf dan menyampaikan sumbangan kepada 30 fakir miskin di kawasan tersebut.

Dalam ucapannya Tuan Hj Md Rofiki bin Dato’ A Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ mengingatkan supaya semua masyarakat Islam di Johor bersama memerangi 3 musuh umat Islam iaitu kejahilan, penyakit dan kemiskinan untuk memastikan kehidupan yang lebih sejahtera.
Dan itu jugalah usaha yang dilakukan oleh MAINJ daripada pungutan wang zakat dalam memastikan pendidikan, kebajikan dan kesihatan golongan yang memerlukan dapat di bantu.

Laman FB Majlis Agama Islam Negeri Johor

Program Insaniah : Bersama penduduk Kampung Lubok Kepong Mukim Gemas Segamat.16 Februari 2016 – Seramai 50 anggota…

Posted by Majlis Agama Islam Johor on Tuesday, February 16, 2016