Home » Bantuan Segera: kebakaran di Kg Parit Jerman, Pontian.

Bantuan Segera: kebakaran di Kg Parit Jerman, Pontian.

17 Februari 2016 – Sebuah rumah milik ibu tunggal yang mempunyai anak OKU musnah dalam satu kebakaran di Kg Parit Jerman, Pontian semalam.

Pen Amin Baitulmal Pontian menyampaikan sumbangan segera pada pagi ini dan MAINJ akan membantu membina semula rumah ini secepat mungkin.

bantuan_kebakaran_kpgjerman

Nota : Bantuan Segera MAINJ disediakan untuk mereka yang ditimpa kesusahan mengejut seperti hilang mata pencarian, kesusahan dalam perjalanan dan ditimpa bencana alam seperti kebakaran, ribut, banjir dan seumpamanya. Bantuan segera disebabkan bencana alam boleh dipertimbangkan bantuan sehingga RM3,000 bergantung kepada penilaian kerosakan.

Laman FB Majlis Agama Islam Negeri Johor