Home » Petikan Akhbar: MAIJ bantu keluarga anak berpenyakit misteri

Petikan Akhbar: MAIJ bantu keluarga anak berpenyakit misteri

JOHOR BAHRU – Kesengsaraan hidup keluarga Salleh Othman yang mempunyai anak berpenyakit misteri mendapat perhatian Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) semalam.

Sebaik membaca laporan Kosmo! mengenai kesusahan hidup Salleh yang tidak mampu bekerja selepas patah kaki akibat terjatuh di bilik air kira-kira dua bulan lalu, MAIJ yang diwakili Penolong Amin Baitulmal cawangan Johor Bahru, Nor Hisham Md. Sawal tampil menghulurkan bantuan kilat berjumlah RM420.

Menurut Nor Hisham, bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban Salleh yang hanya bergantung kepada isteri, Siti Nurjannah Dudu, 46, bekerja di stesen minyak dengan pendapatan RM500 hingga RM800 sebulan.

“Kami juga membantu keluarga ini mengisi borang permohonan bantuan sara hidup agar bantuan dapat disalurkan secara bulanan,” katanya.

Sumber berita: Akhbar KOSMO 6/1/2012