Home » 10 mangsa ribut terima bantuan

10 mangsa ribut terima bantuan

JOHOR BAHRU 21 Feb. – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyampaikan bantuan kepada 10 pemilik rumah di Kampung Sentosa, Cahaya Bahru, di sini semalam selepas kediaman mereka rosak akibat dipukul ribut Jumaat lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Zakat MAINJ, Azlan Abdullah berkata, setiap pemilik rumah diberikan wang antara RM200 dan RM300 berdasarkan penilaian yang dilakukan pihaknya, selain turut menerima sumbangan berupa barang makanan.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau dan kemudiannya segera ke kampung berkenaan bagi melakukan penilaian bagi membolehkan bantuan berkenaan disalurkan.

“Bantuan ini mungkin kecil nilainya tetapi diharap dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.