Home » AMIslamic Bank Berhad – Tunai Zakat Perniagaan

AMIslamic Bank Berhad – Tunai Zakat Perniagaan

Johor Bahru, 24 Februari — AMIslamic Bank Berhad menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM15,000.00 bagi tahun kewangan 2011 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).

Cek zakat perniagaan diserahkan oleh Pengurus Besar AMIslamic Bank Berhad, Y.Bhg. Datuk Zainal Abidin Hj. Mohamed kepada Ketua Penolong Pengarah Zakat,Baitulmal & Wakaf MAIJ, Ustaz Mustafa Bin Omar.

———————————————————–

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh lalu menerbitkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

( Maksud Surah Al-Baqarah:261 )