Home » Misi menjejaki Makcik Samsiah berhasil

Misi menjejaki Makcik Samsiah berhasil

19 Jun 2016- Setelah hampir seminggu cuba menjejaki tempat tinggal Makcik Samsiah binti Hassan akhirnya dengan bantuan maklumat daripada rakan-rakan dapat berjumpa di kawasan Bukit Alif.

Makcik Samsiah dan suaminya sebelum ini pernah menduduki rumah transit MAINJ namun tidak lama kembali ke rumah asalnya yang didirikan di atas tanah sebuah syarikat. Selepas suaminya meninggal dunia beliau tinggal seorang diri sehinggalah rumahnya dirobohkan kerana tanah yang didiami akan dibangunkan.

Beliau kini tinggal di sebuah pondok tanpa bekalan air dan elektrik dan seorang anaknya juga tidak bersekolah. MAINJ sedang mencari rumah sewa yang bersesuaian untuk beliau dan akan membantu bayaran sewa dan sara hidup keluarganya.

bantuan

rumah

rumah