Home » Mini Estet Al-Rahman (MEAR) – Tunai Zakat Perniagaan

Mini Estet Al-Rahman (MEAR) – Tunai Zakat Perniagaan

Johor Bahru, 9 Mac — Mini Estet Al-Rahman (MEAR) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM56,245.97 bagi tahun kewangan 2010 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).

Cek zakat perniagaan Mini Estet Al-Rahman diserahkan oleh Pengarah MEAR,Tuan Haji Abd. Rahman Abas kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ,  Tuan Haji Elias Bin Hasran.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah MEAR, Setiausaha MAIJ Haji Mohd Nasir Bin Ab. Salam  dan Ketua Penolong Pengarah Zakat,Baitulmal & Wakaf MAIJ Haji Ahmad Faisal Bin Mohamed.