Home » Pusat Perlindungan Wanita,MAIJ : Lawatan Kerja ke Pusat Perlindungan Wanita Di Selangor Dan Kuala Lumpur

Pusat Perlindungan Wanita,MAIJ : Lawatan Kerja ke Pusat Perlindungan Wanita Di Selangor Dan Kuala Lumpur

Hari : Selasa & Rabu
Tarikh : 16 & 17 Ogos 2016

Pada tahun ini Pusat Perlindungan Wanita (PPW), MAIJ telah mengadakan lawatan kerja ke pusat-pusat perlindungan wanita di Selangor & Kuala Lumpur. Lawatan kerja kali ini dapat menjalin hubungan kerjasama disamping bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam pengurusan bidang yang sama. Lawatan ini juga dapat memberi idea-idea baru bagi membuat penambahbaikan yang memberi manfaat kepada golongan yang dibantu kerana bantuan yang diberikan oleh PPW bukan sahaja ketika mereka diberi perlindungan malah berlanjutan setelah mereka kembali ke pangkuan keluarga. Antara tempat yang telah diziarahi ialah Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah, Rumah Perlindungan Darul Wardah, dan Rumah Perlindungan Puteri Arafiah.

ppw

ppw

ppw

ppw

Info, foto & Berita : PPW, MAIJ (www.e-wakafjohor.gov.my)