Home » Pengumuman Zakat Fitrah 1432H / 2011M

Pengumuman Zakat Fitrah 1432H / 2011M

PENGUMUMAN Zakat Fitrah 1432H / 2011M
Kadar Fitrah

Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1432H bersamaan 2011M pada kadar RM5.00 & RM7.50 bersamaan satu gantang beras.

Panduan Kadar Fitrah

Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 7.50
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).

Panduan Pembayar

  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.