Home » 200 fakir miskin terima bantuan raya

200 fakir miskin terima bantuan raya

JOHOR BAHRU 21 Ogos – Seramai 200 fakir miskin dan golongan kurang bernasib baik menerima sumbangan wang tunai dan bahan keperluan asas daripada Jawatankuasa Kebajikan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee, di sini hari ini.

Timbalan Pengerusinya, Kamdi Kamil berkata, majlis penyampaian bantuan itu merupakan program tahunan anjuran masjid berkenaan dan ia bertujuan membantu mereka yang kurang mampu untuk menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang lebih baik.

Beliau berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah hasil sumbangan orang ramai dan wang tunai yang diberikan itu adalah agihan wang zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).

“Bagi golongan fakir, setiap ketua keluarga menerima wang tunai RM300 dan RM100 untuk tanggungan manakala RM120 diberikan kepada ketua keluarga daripada asnaf miskin dan RM40 bagi setiap tanggungan.

“Selain bahan keperluan asas dan wang tunai, mereka juga turut menerima beras fidyah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di sini, hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru.

Petikan Akhbar: Utusan Malaysia
ARKIB : 22/08/2011

One Response to “200 fakir miskin terima bantuan raya”

  1. python says:

    python

    » 200 fakir miskin terima bantuan rayaPORTAL RASMI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR