Home » Tabung Haji – Tunai Zakat Perniagaan

Tabung Haji – Tunai Zakat Perniagaan

JOHOR BAHRU 30 Mac – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima cek zakat perniagaan berjumlah RM3,478,208.36 daripada Tabung Haji (TH) bagi pihak Jawatankuasa Zakat dan Fitrah negeri, baru-baru ini.

Baginda menerima cek zakat perniagaan berkenaan daripada Pengarah Urusan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 itu akan diterima oleh Jawatankuasa Zakat dan Fitrah negeri, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 7.2 peratus berikutan pertambahan pendeposit daripada 689,782 kepada 799,967 orang.

Upacara penyerahan zakat di Istana Pasir Pelangi di sini turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Datuk Abdul Razak Hassan dan Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin.

Sementara itu, Ismee turut menjangkakan peningkatan kutipan zakat bagi tahun ini berikutan usaha dan kempen berterusan TH untuk mencapai sasaran 50 peratus umat Islam negara ini sebagai pendeposit menjelang akhir tahun ini.

Sumber Berita : Utusan Malaysia, 30 Mac 2012