Home » Sekitar Ijtima’ Amil Agihan Zakat 2016

Sekitar Ijtima’ Amil Agihan Zakat 2016

24 Nov 2016 – Seramai 93 orang amil agihan zakat dari seluruh Johor berhimpun di Johor Bahru bagi mendengar amanat dari Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, YB Dato’ Hj Noh bin Gadot berkenaan peranan dan tanggungjawab amil agihan zakat dalam memastikan tiada keciciran dalam mengenalpasti asnaf di peringkat kawasan masing-masing.

Majlis dirasmikan oleh Hj Md Rofiki bin Dato’ A Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ. Antara lain tujuan program adalah untuk memperkasa peranan amil agihan zakat selaku wakil MAINJ di peringkat kariah untuk mengenalpasti dan membantu asnaf mendapat bantuan zakat. Amil-amil yang cemerlang turut diberi penghargaan dalam majlis ini.

IMG_9793

IMG_9957

IMG_9923

2016-11-24 IJTIMA AMIL AGIHAN ZAKAT MAINJ DI HOTEL M SUITE