MAINJ telah bersetuju melantik UTM sebagai Nazir Khas Dana Wakaf Pendidikan UTM.
Maka, program penjanaan dana ini berlandaskan konsep Wakaf Am melalui sumbangan dana berbentuk tunai dan harta di mana pewakaf mewakafkannya ke Dana Wakaf Tunai Pendidikan UTM sebagai pemegang amanah dengan niat kerana Allah S.W.T dan juga bagi tujuan kemajuan dan kepentingan ilmu sejagat.
– Antara manfaat yang diberikan adalah :
1) Menyediakan biasiswa kepada penerima (Mawquf Alaih) terpilih sebagai alternatif kepada skim-skim bantuan kewangan yang sedia ada.
2) Menyediakan dana kepada pihak berkaitan bagi tujuan penyelidikan, konsultansi, pembangunan makmal, penyediaan tesis, dan lain-lain.
Sumber & info lanjut layari :http://www.e-wakafjohor.gov.my dan Petikan Akhbar http://www.bharian.com.my/node/220468


