Home » Kembara Zakat Korporat 2016 – Komitmen Anak-Anak Syarikat MAIJ bantu asnaf.

Kembara Zakat Korporat 2016 – Komitmen Anak-Anak Syarikat MAIJ bantu asnaf.

18 Disember 2016 – Tiga anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor iaitu MAIJ Urus Sdn Bhd, MARSAH Sdn Bhd dan MAIJ Toyyiba Sdn Bhd bergabung tenaga menjayakan Kembara Zakat Korporat selama 2 hari bermula 18 & 19 Disember 2016 ke 5 buah daerah dalam negeri Johor.

Antara objektif program ini ialah mendedahkan kepada masyarakat tentang peranan MAIJ dalam membantu memajukan ekonomi Islam di samping menyampaikan sumbangan kepada para asnaf. MAIJ Urus Sdn Bhg adalah syarikat yang diamanahkan membina rumah-rumah bantuan zakat yang telah diluluskan oleh MAIJ di seluruh negeri Johor.

kembara zakat

Sehingga bulan November 2016 MAINJ telah meluluskan sebanyak 258 buah rumah asnaf bagi dibina baru dan meluluskan pembaikan 234 rumah uzur di di sekuruh Johor dengan jumlah RM 14 juta.

Rumah-rumah yang telah siap dibina turut diserahkan di dalam program ini.

YB Tn Hj Abd Mutalib bin Abd Rahim, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor mengetuai kembara ini dan turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.