Home » RM226,000.00 peruntukan bantuan awal persekolahan dalam Parlimen Johor Bahru

RM226,000.00 peruntukan bantuan awal persekolahan dalam Parlimen Johor Bahru

3 Januari 2017 – Y.A.B Dato’ Hj Mohamed Khaled bin Nordin bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor menyerahkan peruntukan sebanyak RM226,140.00 kepada Ahli Parlimen Johor Bahru sebagai simbolik bantuan awal persekolahan yang diperuntukkan MAINJ kepada 839 pelajar dalam parlimen itu yang meliputi :
# bantuan pakaian sekolah
# bantuan makanan sihat
# bantuan khas awal persekolahan

Selain itu 13 buah sekolah agama Kerajaan Johor dalam Parlimen Johor Bahru juga menerima peruntukan RM5,000.00 setiap sekolah melalui Badan Kebajikan Sekolah sebagai sumbangan membiayai aktiviti pelajar dan keceriaan sekolah.

Sumbangan ini disampaikan sempena lawatan kerja Y.A.B Menteri Besar Johor ke Parlimen Johor Bahru.

maij

sumber WANG ZAKAT

BERBAGI itu indah & TIDAK pernah rugi
TUNAIKANLAH ZAKAT ANDA