Home » Iklan / Kenyataan Sebutharga MAIJ

Iklan / Kenyataan Sebutharga MAIJ

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
KENYATAAN SEBUTHARGA

Tawaran Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor Perkhidmatan / Pembekal yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) serta masih dibenarkan membuat kerja sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai Sebutharga di bawah ini:-

Klik : Senarai Iklan Sebutharga Bagi Kerja-Kerja Kawalan Keselamatan Dan Pembersihan Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor

Borang Sebutharga boleh diperolehi dari Pejabat Bahagian Perancangan dan Pembangunan Majlis Agama Islam Negeri Johor, Lot 7774, Jalan Masjid Abu Bakar, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru pada waktu pejabat dari jam 08.00 pagi sehingga 05.00 petang (Ahad hingga Rabu), Jam 08.00 pagi sehingga 03.30 petang (Khamis sahaja).

Kontraktor yang ingin menyertai sebutharga kerja-kerja di atas hendaklah membawa Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pendaftaran Bumiputera Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pendaftaran Asal Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pihak MAIJ berhak menolak pembelian borang tersebut sekiranya dokumen-dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna.

Borang yang telah diisi lengkap hendaklah di hantar dan di masukan kedalam Peti Tawaran di Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Pusat Islam Iskandar Johor Blok B, dengan bahagian kiri dinyatakan jenis kerja berkaitan tidak lewat pada jam 12.00 tengahari bersamaan 15 Januari 2017 . Pihak Jawatankuasa Sebutharga tidak semestinya menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran