Home » RM 14.9 juta diagihkan bagi Bantuan Awal Tahun Persekolahan 2017

RM 14.9 juta diagihkan bagi Bantuan Awal Tahun Persekolahan 2017

15 Januari 2017 – MAINJ telah memperuntukkan sebanyak RM14.9 juta sebagai bantuan awal tahun persekolahan 2017 kepada pelajar kurang berkemampuan dan juga bantuan kepada pengurusan sekolah agama Kerajaan Johor.

Lebih 40,000 pelajar akan dapat menikmati bantuan yang disalurkan melalui pihak sekolah di mana pelajar telah dikenalpasti lebih awal dengan bantua. guru-guru sekolah.

Bagi bantuan pakaian sekolah, pemberian pakaian kepada 33,681 pelajar miskin telah dibuat sejak Disember 2016 bagi memastikan pelajar boleh menggunakannya menjelang naik musim persekolahan.

Manakala bantuan khas persekolahan dan bantuan makanan sihat kepada 12,000 pelajar diurus bersama oleh Pejabat Pendidikan Islam Daerah setelah dikenalpasti mereka yang berkelayakan. Pelajar yang menerima Bantuan Makanan Sihat akan menerima RM2.50 sehari sepanjang hari persekolahan dalam setahun.

Y.A.B Dato’ Hj Mohamed Khaled bin Haji Nordin, Menteri Besar Johor telah sudi bersama-sama menyerikan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Tahun Persekolahan Peringkat DUN Permas petang ini dan seterusnya merasmikan Bangunan Sekolah Agama Taman Scientex yang telah siap dibina tahun lalu.

15941099_631623060346187_9077464382637945979_n 16107224_631624187012741_5144316463316687047_o 15975131_631623813679445_7622649201294016379_o 16113074_631623307012829_7969370583299633717_o