Home » MAINJ serah kit urus jenazah

MAINJ serah kit urus jenazah

JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM36,000 bagi menyediakan kit pengurusan jenazah untuk 12 hospital kerajaan di negeri ini. Inisiatif julung kali diadakan itu bertujuan memudahkan pengurusan jenazah kepada golongan kurang berkemampuan, selain mempercepatkan proses pengurusannya serta memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Yosree Ikhsan, berkata peruntukan agihan daripada wang baitulmal itu, secara tidak langsung menjadi tanggungjawab pihaknya untuk menguruskan maslahat ummah termasuk urusan kematian, faraid, masalah waris, wakaf dan baitulmal. Katanya, kelengkapan itu diperkenalkan bagi memastikan masyarakat Islam bukan saja mendapat pencerahan mengenai sistem pelarasan dalam agihan bantuan MAINJ menerusi sumber zakat atau wakaf, tetapi juga dari wang baitulmal. “Setiap hospital kerajaan menerima sebanyak 20 set kit pengurusan jenazah, sekali gus membantu dari segi kesukaran mendapatkan bekalan di kawasan pedalaman terutama ketika musim perayaan atau bencana alam. “Sumbangan kelengkapan ini mensasarkan penerima atau waris daripada golongan kurang berkemampuan, jenazah tidak dituntut, mualaf atau waris si mati yang tinggal di pedalaman atau jauh dari bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Bantuan Kit Pengurusan Jenazah di Dewan Sri Rampai, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah HSI, Dr Arbain Lani. Yosree berkata, setiap kit dilengkapi 12 peralatan termasuk kit mandian, air mawar, kain kafan dan serbuk kapur barus.

IMG_7659

IMG_7674

IMG_7679

IMG_7696

IMG_7716

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/238114