Home » Keluarga En Mohd Nor telah disantuni sebelum ini dan akan terus dibantu.

Keluarga En Mohd Nor telah disantuni sebelum ini dan akan terus dibantu.

Tidak dinafikan kuasa viral sangat berkesan untuk menyampaikan sesuatu atau mendapatkan reaksi pelbagai masyarakat. Namun dalam kes En Mohd Nor bin Ismail yang menjaga seorang ibu tua dan ayah yang juga uzur telah tular di media sosial baru-baru ini telah pun mendapat perhatian MAINJ sebelumnya lagi.

Amil Agihan MAINJ Kawasan Pulai En Zaini bin Sinong telah menziarahinya dan menyampaikan bantuan. Pada 20 Mac 2017 sekali lagi bantuan segera diberi sementara bantuan bulanannya lulus.

Dari semasa ke semasa MAINJ melihat keperluan kedua ibubapanya yang sedang uzur.

Anda juga boleh turut membantu dengan mendapatkan khidmatnya sebagai tukang urut.

bantuan

bantuan

bantuan