Home » 104 calon mahasiswa Al Azhar ikuti Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara

104 calon mahasiswa Al Azhar ikuti Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara

29 Mac 2017 – Seramai 104 calon mahasiswa Universiti Al Azhar Mesir menamatkan kursus 6 hari di bawah Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara di Kem BTN Gunung Pulai bermula 25 Mac 2017.

Mereka terdiri daripada pelajar lepasan STAM yang diurus permohonan melanjutkan pengajiannya oleh MAINJ. Peserta juga turut diberi maklumat yang jelas berkaitan Manhaj Ahlussunnah Wal Jamaah disamping penerangan fahaman-fahaman yang bertentangan dengannya.

Majlis penutupan program di sempurnakan oleh Tn Hj Yosree bin Ikhsan, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ.