Home » 101 pelajar anak Johor berlepas ke Mesir.

101 pelajar anak Johor berlepas ke Mesir.

16 April 2017 – Seramai 101 pelajar di bawah pengurusan MAINJ berlepas ke Mesir
bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Al Azhar dalam 2 penerbangan pada 15 dan 16 April 2017.
Kesemua mereka menerima sumbangan tiket penerbangan di bawah Asnaf Ibnu Sabil akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan Ulum Islamiah.

Ketibaan mereka di Mesir disambut oleh Jawatankuasa Sambutan yang diketuai oleh Ust Adam bin Ibrahim selaku Atase Pendidikan Johor di Mesir seterusnya ditempatkan di Asrama Pelajar Johor.

pelajarmesir2017