Home » Jejak Asnaf sekitar Johor Bahru

Jejak Asnaf sekitar Johor Bahru

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma “ ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.

1. Keluarga Ismail bin Ibrahim tinggal di sebuah rumah tinggal kosong di Kangkar Tebrau. Tiada pekerjaan tetap kini bekerja sambilan mengambil upah membuat rumah. Mempunyai isteri dan 3 anak yang masih bersekolah. Perlukan bantuan kewangan bagi menyewa rumah yang lebih baik dan juga persekolahan anak.

2. En Syed Ahmad bin Syed Mohd Shahbudin dari Bandar Baru Permas Jaya memerlukan bantuan perubatan untuk anak kecilnya Sharifah Nur Zulaikha umur 1 tahun 8 hari. Anak ini telah dibedah sebanyak 4 kali dalam masa 5 hari akibat ketumbuhan besar pada bahagian belakang kepala.
Ketumbuhan tersebut mengumpul cecair dan membesar. Pihak HSI telah memasang alat (SHUNT) daripada kepala hingga ke perut bagi menyedut cecair terus melalui usus perut.

Pendapatan berniaga satay tidak mencukupi untuk kos rawatan anak yang mencecah RM700 sebulan.

bantuan