Home » 133 terima tawaran diami rumah transit MAINJ secara percuma di Tmn Cendana Pasir Gudang.

133 terima tawaran diami rumah transit MAINJ secara percuma di Tmn Cendana Pasir Gudang.

18 Mei 2017 – Pada hari ini seramai 133 asnaf yang berkelayakan ditawarkan menduduki rumah transit MAINJ yang terletak di Rumah Pangsa Taman Cendana Pasir Gudang.

Rumah transit MAINJ adalah penempatan sementara kepada asnaf yang berkelayakan di mana mereka dibenarkan mendiami rumah tersebut secara PERCUMA dalam tempoh tertentu sehingga keluar dari kemiskinan dan seterusnya diberi peluang pula kepada pihak lain yang memerlukan.

Sesi taklimat berkenaan syarat menduduki dan juga sesi soal jawab diadakan pada sebelah pagi tadi bagi memastikan sebarang kemusykilan dapat di atasi oleh mereka. Inisiatif ini adalah di antara usaha MAINJ membantu menyelesaikan masalah tempat tinggal kepada golongan kurang berkemampuan di bandar.

Taklimat