Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalib Abd. Rahim berkata, kadar tersebut ditetapkan berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri ini pada kadar timba­ngan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg).

“Kadar zakat fitrah bagi nege­ri Johor tahun ini ditetapkan sebanyak RM7 bagi umat Islam yang memakan beras gred/jenis super tempatan 10 peratus hancur (Beras Nasional) pada harga RM2.30 sekilogram.

“Ini berdasarkan penetapan harga beras dan peratusan penggunaannya diperoleh daripada Bahagian Kawal Selia Padi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pemborong dan peruncit yang ada di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Mohd. Rofiki Shamsudin.

fitrah 2017

Abd. Mutalib Abd. Rahim menunjukkan kadar zakat fitrah yang ditetapkan MAINJ di Pusat Islam Iskandar Johor, semalam. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/mainj-tetapkan-zakat-fitrah-rm7-1.485002#ixzz4hrII5QT1 © Utusan Melayu (M) Bhd

Dalam pada itu, Abd. Mutalib memberitahu, pihaknya telah melantik dan memberi tauliah kepada 1,605 amil bagi menjalankan tugas memungut zakat fitrah di seluruh negeri ini selain diminta melakukan bancian bagi golongan fakir dan miskin.

“Pelantikan amil fitrah setiap daerah dalam negeri ini bertujuan memberi kemudahan kepada umat Islam menunaikan zakat selain memberi nasihat kepada mereka untuk membayar zakat lebih awal apabila tiba bulan Ramadan ini,” katanya.

Pihaknya menyasarkan dapat mengutip zakat fitrah sebanyak RM14 juta dengan anggaran seramai dua juta umat Islam yang menetap dan bekerja di negeri ini menunaikan kewajipan berke­naan tahun ini.