Home » 5,948 pesakit di Hospital Kerajaan dan Penghuni Rumah Kebajikan terima kurniaan sumbangan hari raya.

5,948 pesakit di Hospital Kerajaan dan Penghuni Rumah Kebajikan terima kurniaan sumbangan hari raya.

14 Jun 2017 – Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Permaisuri Johor hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bungkusan Hari Raya Kepada Pesakit Hospital Kerajaan Negeri Johor dan Penghuni Rumah Kebajikan Negeri Johor Tahun 2017 bertempat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Seramai 5,948 pesakit dari 12 buah hospital kerajaan seluruh negeri Johor dan 3 rumah kebajikan menerima sumbangan bungkusan hari raya. MAINJ memperuntukan sebanyak RM 519,992.00 daripada Asnaf Fi Sabilillah bagi tujuan tersebut.

raya

raya

raya