Home » Makcik Ros setuju pindah ke rumah sewa yang baru

Makcik Ros setuju pindah ke rumah sewa yang baru

28 Jun 2017 – Makcik Ros atau nama sebenarnya Marlia bt Saeman dari Kg Parit Raja Batu Pahat telah dipindahkan ke rumah sewa yang baru di kampung yang sama untuk kemudahan yang lebih selamat dan selesa. Terima kasih kepada Yang DiPertua Majlis Daerah Yong Peng dapat menyediakan rumah sewa yang baru dan sewaan bulanan termasuk bayaran bil elektrik dan air akan di tanggung oleh MAINJ.

Rumah sewa sedia ada yang telah terlalu uzur juga akan dirobohkan untuk mengelakkan ia diduduki semula. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa yang telah banyak membantu keluarga ini sebelum ini. Tidak semua boleh diceritakan di sini. Semoga keluarga ini dapat kehidupan yang lebih baik.

28jun17