Home » Bantu bersih rumah En Seren bin Maksan di Tangkak

Bantu bersih rumah En Seren bin Maksan di Tangkak

Tangkak9 Julai 2017 – Pada hari ini juga MAINJ Daerah Tangkak bersama beberapa agensi lain mengambil inisiatif menggerakkan gotong royong membersihkan rumah En Seren bin Maksan di Kg Sg Bilah Bukit Gambir yang juga ditular sebelum ini.

Selain sumbangan kewangan keperluan asas peralatan rumah juga turut dibantu. Beliau adalah penerima bantuan bulanan zakat dan juga JKM. Semoga ada ahli keluarga yang sudi membantu menjaganya kerana bantuan yang diterima sebelum ini mencukupi untuk dirinya.

Terima kasih juga kepada IPD Bukit Gambir, Sukarelawan JKM, Anak Ledang Supporters, Kelab Remaja Ledang, Penghulu Mukim dan JKKK Kg Sg Bilah yang sama-sama mencurah tenaga.