Home » Meraikan Warga Tua di Nur Ehsan. – RM260,000 sumbangan MAINJ setahun untuk keperluan mereka

Meraikan Warga Tua di Nur Ehsan. – RM260,000 sumbangan MAINJ setahun untuk keperluan mereka

16 Julai 2017 – Sempena Hari Raya yang masih berlangsung ini, Pasukan Briged Ansar MAINJ hari ini berziarah ke Rumah Warga Tua Nur Ehsan Kempas Johor Bahru bagi menyampaikan sumbangan dan juga beramah mesra dengan lebih 100 penghuni Nur Ehsan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tn Hj Md Rofiki bin Dato’ Hj A Shamsudin turut bersama memeriahkan sambutan dan beramah mesra dengan mereka. Sesungguhnya usaha murni yang dilaksanakan oleh warga pengurusan Nur Ehsan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit demi melaksanakan fardhu kifayah dan menyelamatkan maruah dan aqidah golongan tua yang ditempatkan di pusat jagaan bukan Islam sebelum ini.

Warga ehsan

IMG_6503

IMG_6576

IMG_6494