Home » Bantu warga emas di Kg Skudai Kiri Johor Bahru.

Bantu warga emas di Kg Skudai Kiri Johor Bahru.

25 Julai 2017 – En Sa’adon bin Dora,72 tahun bersama isterinya Pn Jemah bt Ismail, 65 tahun adalah penerima bantuan sra hidup MAINJ sejak Oktober 2016. Mempunyai 5 orang anak yang tinggal berasingan.

Dalam ziarah hari ini didapati Pn Jemah memerlukan lampin pakai buang disebabkan uzur dan mereka juga sudah tidak berdaya untuk memasak dan menguruskan rumah. MAINJ akan membuat tambahan bantuan bagi keperluan isterinya. Rumah yang didiami sejak 1965 juga kelihatan sangat uzur.

Mungkin mereka bukan setakat perlukan wang ringgit bagi keperluan kehidupan tetapi juga perhatian dan kasih sayang diketika usia ini.

bantuan

bantuan