Home » 10 usahawan terima bantuan sewa beli “Food Truck” Majlis Agama Islam Negeri Johor.

10 usahawan terima bantuan sewa beli “Food Truck” Majlis Agama Islam Negeri Johor.

6 Oktober 2017 – Seramai 10 peniaga dari pelbagai bidang perniagaan makanan menerima bantuan sewa beli Food Truck Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai satu usaha berterusan MAINJ membantu mempertingkat tahap ekonomi masyarakat Islam di negeri ini. Mereka menerima subsidi pemberian daripada MAINJ disamping bayaran balik pinjaman kenderaan yang berpatutan untuk membolehkan terus bersaing dalam perniagaan yang diceburi.

Dalam satu majlis sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Dataran Mahkota Iskandar Puteri, Y.A.B Dato’ Hj Mohamed Khaled bin Hj Nordin Menteri Besar Johor menyerahkan secara simbolik kenderaan tersebut kepada 10 usahawan yang terpilih. Agenda memperkasakan ekonomi masyarakat Islam akan terus diperkembangkan dari semasa ke semasa demi melahirkan masyarakat yang berdaya saing dalam era ini.