Home » PROGRAM INSANIAH KEMASYARAKATAN 2017 – DUN BUKIT NANING

PROGRAM INSANIAH KEMASYARAKATAN 2017 – DUN BUKIT NANING

8 OKTOBER 2017 – Yb Dato’ Seri Hj Saipolbahari Bin Hj Suib – Adun Bukit Naning harini merasmikan satu Program Khidmat Kemasyarakatan Insaniah di Masjid Kg Pt Hj Anuar, Ayer Hitam, Muar.

Tuan Amin BaitulMal Daerah Muar, As-Syeikh Tn Hj Mohd Fahami Bin Samad juga turut serta meraikan program ini bersama penduduk kampung.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong kerjasama pembersihan tanah perkuburan, pembersihan kawasan masjid dan baikpulih rumah fakir miskin.

Program ini adalah kerjasama Pusat Khidmat Adun Bukit Naning, Pentadbiran Mukim Ayer Hitam dan Giat Mara Bakri.

Seramai 200 orang terlibat dalam program ini. Disamping itu juga ziarah kasih ke 10 buah rumah fakir miskin.

Aktiviti sukaneka yang dijalankan antaranya ,tarik tali,boling kelapa,mewarna kanak-kanak.

Semoga dengan adanya program sebegini merapatkan ukhwah diantara anggota dan masyarat seterusnya dakwah Zakat berterusan.

 

-Terima Kasih Pembayar Zakat-
Zakat Perkasa Asnaf Dibela