Home » Jejak asnaf di daerah Kulai

Jejak asnaf di daerah Kulai

11 Oktober 2017 – Jejak asnaf pagi ini diketuai oleh Ust Nor Hisham bin Sawal Penolong Amin Baitulmal Kulai bersama Amil Agihan Zakat Kawasan Senai iaitu Tok Shukor bin Hj Adan dapat menziarahi 5 keluarga asnaf yang memerlukan di sekitar Senai. Sumbangan kewangan disampaikan untuk meringankan sementara kesusahan mereka.