Home » Program Khidmat Masyarakat & Ziarah Kasih di Pusat Jagaan Sinar Kasih Muar .

Program Khidmat Masyarakat & Ziarah Kasih di Pusat Jagaan Sinar Kasih Muar .

Hasil kunjungan pengurusan MAINJ pada 10 Oktober yang lalu, Pasukan Briged Ansar MAINJ telah turun padang pagi ini ke Pusat Jagaan Sinar Kasih di Kampung Parit Mislam Muar sempena Program Khidmat Masyarakat Insaniah dan Ziarah Kasih warga emas di pusat jagaan tersebut .

Beberapa aktiviti juga diaturkan untuk menyantuni mereka termasuk penyampaian sumbangan keperluan warga Emas yang telah disempurnakan penyampaiannya oleh Amin Baitulmal @ Kadi Daerah Muar serta diiringi oleh Penghulu Mukim Seri Menanti .

Terlebih dahulu terima kasih kepada pengurusan Pusat Jagaan Sinar Kasih yang sudi menerima kehadiran kami .

Follow kami di instagram mainj_official