Home » Program Insaniah di Kg Ayer Puteh, Jeram Batu Pontian.

Program Insaniah di Kg Ayer Puteh, Jeram Batu Pontian.

22 Oktober 2017 – MAINJ Daerah Pontian dengan kerjasama JKKK Kaw.5 Kg Ayer Puteh Mk Jeram Batu Pontian mengambil inisiatif mengadakan Program Insaniah dengan pelbagai pengisian dalam usaha memberi khidmat terbaik kepada masyarakat setempat.

Syukur dengan kerjasama semua pihak pelbagai aktiviti telah dapat dilakukan seperti membersih & membaikpulih rumah asnaf, mengecat surau, ziarah dan penyampaian bantuan ke rumah asnaf serta aktiviti bersama penduduk kampung.

Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Yosree bin Ikhsan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal Wakaf dan turut dihadiri oleh Amin Baitulmal Pontian.