Home » Program & Aktiviti Bahagian Baitulmal Sepanjang Minggu

Program & Aktiviti Bahagian Baitulmal Sepanjang Minggu

21 Oktober 2017
Penyampaian Sumbangan Fidyah dan tazkirah ringkas sempena Program Pengurusan Jenazah di Masjid Dato’ Hajah Fatimah, Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru.
– 30 fakir/miskin menerima manfaat
– Disempurnakan oleh Penolong Amin Baitulmal Johor Bahru.

21 Oktober 2017
Forum Pengurusan Harta & Wasiat Menurut Islam.
Juga diadakan penyampaian Fidyah di Masjid Al Mukminin , Jalan Cengal, Bandar Putra Kulai.
-Disempurnakan oleh Amin Baitulmal Daerah Kulai.
-10 fakir/miskin menerima manfaat

22 Oktober 2017
Penyerahan Fidyah sempena Program Insaniah Daerah Pontian.
– Disempurnakan oleh Ketua Pen Pengarah Zakat Baitulmal & Waqaf
– 40 fakir/miskin menerima manfaat

23 Oktober 2017
Kuliah zuhur pembahagian harta pusaka, pengurusan wasiat, hibah dan cara pengiraan fidyah puasa
– Disampaikan oleh al- fadhil Ustaz Mohd Hanafiah bin Maarof di Felda Bukit Besar,Kota Tinggi.

24 Oktober 2017
Ziarah Dan Penyerahan Fidyah.
– Disempurnakan oleh YB Zaiton Bte Ismail, ADUN Sungai Balang
-20 fakir/miskin menerima manfaat

25 Oktober 2017
Kuliah Maghrib bertajuk Fidyah di Masjid Kg Bukit Banjar Tangkak.
– Di sampaikan oleh Pen Amin Baitulmal daerah

27 Oktober 2017
Penyerahan makanan di Masjid India Johor Bahru.
50 golongan memerlukan menerima manfaat.