Home » Dana Pesakit Jantung MAIJ

Dana Pesakit Jantung MAIJ

Bagaimana anda boleh memohon dana bantuan pembiayaan zakat Johor bagi pembedahan jantung di IJN?

  • Bantuan ini merupakan satu kemudahan untuk rakyat Johor.
  • Bantuan ini disediakan bagi mereka yang tidak berkemampuan.

Apa perlu dibuat selepas mendapat pengesahan pakar perubatan IJN dan maklum tentang kos rawatan?

Jika anda tidak berkemampuan disebabkan kos pembedahan yang tinggi, ada 2 saluran bantuan disediakan :

1. Anda boleh memohon bantuan melalui dana kerajaan melalui Pejabat Unit Taksiran Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Aras Bawah IJN (berhampiran lobi). Penilaian akan dibuat dan sekiranya berkelayakan bantuan akan diberi mengikut kelayakan. Kes kemasukan ke IJN hendaklah dirujuk melalui Jabatan Kerja Sosial Hospital di Johor sebagai salah satu syarat utama mendapat pembiayaan KKM.

2. Anda juga boleh memohon Dana Pesakit Jantung MAINJ jika kelulusan yang diberikan oleh Unit Taksiran Kementerian Kesihatan Malaysia masih tidak mencukupi.

3. Permohonan untuk Dana Pesakit Jantung MAINJ boleh di buat di Bahagian Pengurusan Kewangan Pesakit IJN tanpa perlu ke Pejabat MAINJ di Johor. Namun sekiranya berada di Johor boleh terus memohon melalui Pejabat MAINJ dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan.