Home » Program Insaniah di Kg Prt Limbong Darat Prt Jawa Muar

Program Insaniah di Kg Prt Limbong Darat Prt Jawa Muar

6 November 2017 – Majlis Agama Islam Negeri Johor, Majlis Perbandaran Muar, Southern Waste Management (SWM) dan Pejabat ADUN Sg Balang hari ini bekerjasama mengadakan gotong royong membaikpulih kediaman En Masri bin Wasan di Kg Prt Limbong Darat Prt Jawa Muar.

Antara usaha yang dijalankan hari ini ialah meroboh bahagian rumah yang terlalu usang, membaikpulih bumbung dan dapur serta membina sebuah tandas untuk keperluan beliau.

Semoga usaha yang dilakukan ini dapat memberi keselesaan tempat tinggal beliau.