Home » Memperkasa peranan Amil Agihan Zakat Johor.

Memperkasa peranan Amil Agihan Zakat Johor.

Seramai 30 Amil Agihan Zakat dari seluruh Johor mengikuti Kursus Pemantapan Amil Agihan Zakat yang diadakan selama 3 hari di Melaka baru-baru ini. Mereka adalah sebahagian daripada 117 Amil Agihan Zakat di Johor yang berperanan membantu MAINJ mengesan dan menjejaki asnaf di kawasan masing-masing.

Bagi tahun 2017, Amil Agihan Zakat telah membantu melaporkan lebih 2,800 asnaf yang memerlukan meliputi pelbagai keperluan bantuan seperti bantuan sara hidup bulanan, perubatan, peningkatan ekonomi dan juga kes bencana Alam.

Tahniah kepada semua yang terlibat.