Home » Petikan Akhbar: MAINJ terima zakat RM171.9 juta

Petikan Akhbar: MAINJ terima zakat RM171.9 juta

zakat1

Majlis Penyerahan Bantuan Zakat, MAIJ

JOHOR BAHRU 17 Jan. – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjaya mengutip zakat sebanyak RM171.9 juta tahun lalu berbanding RM137.4 juta pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, jumlah kutipan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus atau RM34.5 juta manakala jumlah kutipan zakat pada 2010 pula adalah sebanyak RM122.3 juta.

Beliau berkata, daripada jumlah itu zakat perniagaan menjadi penyumbang kutipan terbesar iaitu sebanyak RM59.6 juta.

“Sepanjang tahun lalu, MAINJ mengagihkan sebanyak RM143.3 juta kepada golongan asnaf yang layak menerimanya.

“Bantuan yang diberikan meliputi semua aspek keperluan asnaf antaranya bantuan sara hidup bulanan, perubatan, perumahan, pelajaran, bencana alam dan sempena musim perayaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan zakat kepada 12 orang penerima di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.
Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130118/wj_01/MAINJ-terima-zakat-RM171.9-juta#ixzz2IHmo3WWg
© Utusan Melayu (M) Bhd