Home » MAIJ Daerah Tangkak ziarah keluarga En.Hisham

MAIJ Daerah Tangkak ziarah keluarga En.Hisham

29 Disember 2017 – Atas aduan dari sebuah Page FB semalam MAINJ Daerah Tangkak telah menziarahi keluarga En Hisham bin Hashim di Felda Sri Jaya Tangkak bagi melihat keadaan sebenar pengadu. En Hisham bin Hashim menerima bantuan Sara Hidup MAINJ sebanyak RM 300.00 sebulan mulai 2015.

Bantuan Sara Hidup MAINJ adalah selama 2 tahun dan sekiranya dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh tamat tiada permohonan penyambungan atau penerima tidak menghantar semula borang maklum balas maka bantuan akan dihentikan dahulu. Perkara ini telah di ingatkan di dalam surat kelulusan untuk tujuan memohon penyambungan jika masih memerlukan. Ini adalah prosedur biasa untuk mengenalpasti samada keadaan penerima masih memerlukan atau sebaliknya.

En Hashim tinggal di atas tanah kebun Felda Sri Jaya dan status tanah menyebabkan rumahnya sukar mendapat bantuan. 2 anak nya masih bersekolah dan seorang lagi bekerja di warong manakala isterinya tidak bekerja. Beliau bekerja berkebun dengan pendapatan sekitar RM 1000 sebulan.

Hari ini Penolong Amin Baitulmal Tangkak hadir ziarah ke kediamannya untuk melihat keadaan beliau dan sumbangan segera juga turut disampaikan bagi meringankan beban beliau menghadapi awal musim persekolahan.