Home » Wakaf tanah

Wakaf tanah

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kluang baru sahaja selesai proses hujjah wakaf daripada Puan Nurizah Binti Ithnain bagi tujuan Wakaf Kebajikan Am Islam dan Tapak Tambahan Masjid Kg Parit Ghani, Simpang Renggam, Kluang dengan berkeluasan 0.293 ekar.

Majlis Agama Islam Negeri Johor merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Nurizah Binti Ithnain atas niat murni mewakafkan sebahagian hartanya untuk umat islam di negeri Johor.

Mari kita sama – sama mendoakan agar Puan Nurizah Binti Ithnain sekeluarga diberikan, kebahagiaan, keberkatan, rezeki yang melimpah ruah, keselamatan di dunia dan akhirat.

Jom Berwakaf Bersama Saham Wakaf Johor
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari :
www.e-wakafjohor.gov.my