Home » Jom Berwakaf bersama Saham Wakaf Johor dalam membina Sekolah Agama di Negeri Johor

Jom Berwakaf bersama Saham Wakaf Johor dalam membina Sekolah Agama di Negeri Johor

Majlis pecah tanah projek Sekolah Agama Fasa 5 SAKJ Bandar Seri Alam 2, Johor Bahru untuk 2640 pelajar termasuk Tadika Islam Johor (TAJ).

Penekanan kepada pendidikan agama yang kukuh adalah penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang berkemajuan. Sebanyak 30 SAKJ yang akan dibina di seluruh Johor di bawah Fasa 5, membabitkan peruntukan berjumlah RM256 juta dan 30% daripada kos pembinaan ini adalah dari sumber Saham Wakaf Johor. Bagi pada tahun ini sahaja, sebanyak RM40.297 juta diperuntukkan menerusi Bajet Johor 2018.

Seiring dengan pemodenan, pendidikan agama turut tidak ketinggalan dalam mendapat sentuhan pembaharuan.Satu langkah yang telah dilaksanakan adalah penggunaan aplikasi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permodenan ini menarik minat generasi celik teknologi dan meningkatkan kesungguhan mereka dalam menelaah pelajaran, sekaligus menjadi pendidikan dan pengajaran subjek agama lebih mengujakan dan kekal relevan.

Jom Berwakaf bersama Saham Wakaf Johor dalam membina Sekolah Agama di Negeri Johor

layari www.e-wakafjohor.gov.my

#majlisagamaislamnegerijohor
#sahamwakafjohor
#sahamakhiratanda