Home » Wakaf Tanah

Wakaf Tanah

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Mersing baru sahaja selesai menerima dan menandatangani hujjah wakaf daripada En A.Razak Bin A.Rahman yang mewakafkan tanah seluas 0.0809 hektar untuk tujuan Maahad Tahfiz dan kebajikan Am di BT 18 Jln Kluang Mersing

Majlis Agama Islam Negeri Johor merakamkan ribuan terima kasih kepada En A.Razak Bin A.Rahman atas niat murni mewakafkan sebahagian hartanya untuk umat Islam di negeri Johor.

Mari kita sama – sama mendoakan agar En A. Razak Bin A.Rahman sekeluarga diberikan, kebahagiaan, keberkatan, rezeki yang melimpah ruah, keselamatan di dunia dan akhirat.

Jom Berwakaf Bersama Saham Wakaf Johor
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari :
www.e-wakafjohor.gov.my