Home » Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Agama.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Agama.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Agama Daerah Tangkak yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor.

Tahniah diucapkan kepada warga Daerah Tangkak yang bakal menerima 3 buah sekolah agama yang baharu iaitu SAKJ Bekoh Belading, SAKJ Puteri Ledang dan SAKJ Kampung Sagil.

Pembinaan ini bakal memenuhi kehendakan rakyat Tangkak yang memerlukan infrastruktur baharu dalam mendalami ilmu agama yang merupakan salah satu tanggungjawab kerajaan dalam melestarikan keperluan rakyat.

Pembinaan ini adalah melalui dana Kerajaan Negeri Johor dan Dana Saham Wakaf Johor yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Mari bersama-sama kita berwakaf melalui Saham Wakaf Johor dalam Projek Pembinaan Sekolah Agama bagi memenuhi keperluan masyarakat di Negeri Johor

layari www.e-wakafjohor.gov.my

#majlisagamaislamnegerijohor
#sahamwakafjohor
#sahamakhiratanda