Home » RM 500,000 peruntukan Skim Bantuan Guaman Syarie.

RM 500,000 peruntukan Skim Bantuan Guaman Syarie.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM500,000 bagi menyediakan Skim Bantuan Guaman Syarie Johor Tahun 2018 yang akan dilaksanakan bermula 1 Februari ini.

YB Tn Hj Abd Mutalip bin Abd Rahim Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor berkata , Skim Bantuan Guaman Syarie adalah skim bantuan yang diberi kepada golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Khidmat Guaman Syarie dibayar mengikut keperluan kes diputuskan Jawatankuasa Skim Bantuan Guaman Syarie.

Pemohon tergolong dalam kalangan mereka kurang berkemampuan sama ada pihak suami atau bekas suami, isteri atau bekas isteri dan memenuhi syarat ditetapkan.

Proses permohonan skim ini menerusi borang diperoleh daripada Pejabat Kadi Daerah dan menghantarnya bersama dokumen diperlukan.

Seramai 45 peguam Syarie dari seluruh Johor mengikuti taklimat berkenaan Skim berkenaan di Kompleks Mahkamah Syariah Johor hari ini.