Home » Sekotak Rezeki

Sekotak Rezeki

Bahagian Baitulmal melalui peruntukan fidyah akan mengagihkan sebanyak 28,344 kotak makanan keperluan asas di seluruh negeri Johor dengan nilai RM2.7 juta.

Pengagihan ini fokus kepada golongan fakir dan miskin di seluruh negeri Johor yang berdaftar di bawah amil Zakat Fitrah yang dilantik oleh MAINJ di setiap kariah.

Penghantaran akan dibuat secara berperingkat kepada Amil-Amil Fitrah dan juga Masjid-Masjid bermula pada 8 Mac dan berakhir pada 14 Mei 2018.

Semoga mereka yang memerlukan mendapat manfaat daripada agihan bungkusan makanan ini.

Foto Majlis Agama Islam Johor.

Foto Majlis Agama Islam Johor.

Foto Majlis Agama Islam Johor.
Foto Majlis Agama Islam Johor.
 
 
 

Posted by Majlis Agama Islam Johor on 6hb Mac 2018