Home » Ziarah keluarga Pn Julia bt Isnin ( tinggalkan anak di Kedai Dobi ketika bekerja)

Ziarah keluarga Pn Julia bt Isnin ( tinggalkan anak di Kedai Dobi ketika bekerja)

29 Mac 2018 – Ekoran laporan akhbar berkenaan kesusahan Pn Julia bt Isnin yang dilaporkan terpaksa meninggalkan anaknya di sebuah kedai dobi di Larkin Perdana ketika bekerja, MAINJ hari ini telah dapat berjumpa dengan beliau di kediamannya di Desa Tebrau hasil bantuan pihak majikannya.

Antara maklumat yang boleh dikongsikan :
> beliau baru bekerja sebagai pekerja pembersihan dengan pendapatan RM850.00 sebulan.
> Tinggal di PPR Desa  Tebrau dengan bayaransewa RM124.00 sebulan.
> Mempunyai 4 orang anak 3 daripadanya telah bersekolah. Namun mempunyai masalah untuk mengupah pengasuh untuk menjaga anaknya ketika bekerja.
> Pernah mendapat bantuan segera MAINJ sebanyak 6 kali sebelum ini.
> Pernah menerima sumbangan Yayasan Bandaraya Johor Bahru RM1000 untuk pembayaran sewa rumah.
> Sering dibantu oleh pihak NGO, pemimpin setempat termasuk Ketua Kampung bagi bayaran bil utiliti, sewa rumah dan juga makan minum anak-anaknya yang ditempatkan di surau kawasan perumahan sebelum ini.
> Menurut Ketua Kampung suami beliau akan balik ke rumah apabila isterinya menerima bantuan makanan dan kewangan dan akan meninggalkannya setelah kehabisan barang-
barang.

Pihak JKM juga turut hadir sama untuk melihat kelayakan keluarga ini. Pihak berwajib telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu keluarga Pn Julia dan akan sentiasa dipantau oleh ketua kampung yang telah banyak membantu dan lebih mengetahui keadaan hidupnya.

Image may contain: 1 person
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: one or more people and people sitting

Image may contain: 1 person, indoor
Image may contain: people standing and indoor